CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 29, 2009

jom charge our iman!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Berkahwin kurangkan risiko nyanyuk


Perkahwinan dikatakan dapat mengurangkan penyakit Alzheimer.

Kajian penyelidik mendapati mereka yang membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban

LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk.

Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari.


Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan.

Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua.

Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.

Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain.

Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian.

Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer.

Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.

Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina.

Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk.

Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda.

Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup.

Dr Hakansson berkata: “Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk.”

Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua.

“Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup.

“Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok,” katanya.

INFO: Alzheimer

  • Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan kemampuan berfikir.

  • Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat

  • Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun

  • Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap dikunjunginya seperti rumah atau pejabat.

  • Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang betul dan tertekan apabila membuat keputusan

  • Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat

  • Menjadi punca keenam kematian utama.
  • Saturday, January 24, 2009

    QuNuT NaZilah

    “Ya Allah, kami letakkan Kamu dibatang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka. Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka, cerai beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing2 Mu ke ats mereka. Wahai tuhan yg Maha Perkasa, wahai Tuhan yang bersifat Murka, Ya Allah 3x, wahai Tuhan yg menrunkan Al-Quran, wahai Tuhan yg mnggerakkan awan, wahai Tuhan yg menewaskan bala tentera Ahzab, Kalahkan mrk. Menangkanlah kami ke ats mrk….Amiinn..”

    ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI DLM ISLAM

    1.Menundukkan pandangan:
    ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
    menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-
    NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang
    beriman: Hendaklah mereka menahan
    pandangannya dan memelihara kemaluannya.
    (an-Nuur: 30)

    Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada
    kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan
    katakanlah kepada wanita yang
    beriman: Hendaklah mereka menahan
    pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-
    Nuur: 31)

    2.Menutup Aurat;
    ALLAH berfirman dan jangan lah mereka
    mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa
    nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
    melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)
    Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
    isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-
    isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
    melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.

    Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
    dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan
    ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha
    Penyayang. (an-Nuur: 59).

    Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua
    jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata:
    Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
    lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan
    wanita jangan melihat aurat wanita.

    3.Adanya pembatas antara lelaki
    dengan wanita;
    Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang
    berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir
    pembatas.
    Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian
    meminta sesuatu kepada mereka (para wanita)
    maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

    4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki
    Dan Perempuan;
    Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar
    Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang
    lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita
    kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
    Bukhari & Muslim)

    Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW
    bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian
    berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
    syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat
    Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

    5.Tidak Melunakkan Ucapan
    (Percakapan):
    Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya
    ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman
    ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
    tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
    bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam
    berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga
    berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
    hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
    yang baik. (al-Ahzaab: 32)

    Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa
    etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para
    isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita
    mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
    berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,
    dalam pengertian janganlah seorang wanita
    berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
    berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir
    3/350)

    6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan
    Jenis;
    Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya
    kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu
    masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
    yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat
    Thabrani dalam Mujam Kabir)
    Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam
    hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-
    orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
    baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW
    tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam
    saat-saat penting seperti membaiat dan lain-
    lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
    tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan
    wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
    (Hadis Riwayat Bukhari)


    Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita
    selain mahram, yang mana apabila seseorang
    melanggar semuanya atau sebahagiannya saja
    akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana
    sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari
    Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
    ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya
    dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata
    dengan memandang, zina lisan dengan berbicara,
    sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-
    angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
    mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,
    Muslim & Abu Daud)

    Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan
    zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati
    kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-
    NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,
    sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
    yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

    (source:hanan)